
Peninju Muay Thai negara, Jojo Ghazali dilapor menghadiahkan jam Rolex kepada ibu tersayang sehingga membuatkan wanita itu menangis terharu menerima pemberian daripada anak keduanya itu.
Menerusi perkongsian terbaru Jojo atau nama sebenarnya, Muhammad Johan Ghazali bin Zulfikar, dilihat telah memuat naik momen sewaktu memberi hadiah kepada ibunya, Jeanna Johnson.
Dalam kapsyen yang disertakan Jojo, dia menyatakan hadiah tersebut buat insan yang paling istimewa buat dirinya dan bersyukur ke hadrat Allah kerana berkesempatan untuk memberikan sesuatu yang bernilai buat orang tersayang.
“Hadiah istimewa untuk insan yang sangat istimewa. Alhamdulillah Allah telah memberkati saya untuk memberi kembali kepada orang-orang yang telah berada di sana sejak hari pertama dan tanpa ragu-ragu akan selamanya ada untuk saya,” tulisnya.
Dalam pada itu, ibu kepada atlet muda itu dilihat sebak dan memeluk erat Jojo selepas membuka pemberian hadiah daripada anak tersayang.
Terlihat seutas jam Rolex yang nampak minimalis namun mewah buat seorang wanita jika dipakai.

Foto: Instagram
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila masing-masing gembira melihat ibu dan anak lelaki saling berpelukan kerana merasakan ia adalah satu momen yang cukup ‘mahal’.
Dalam pada itu, ada juga yang menganggap apa yang dikongsikan sebagai satu perkara yang memberi inspirasi kerana menggembirakan seorang ibu selepas segala pengorbanan yang telah dilakukan terhadap anak-anak dan keluarga sehingga berjaya meraih kejayaan.
Sumber: Instagram @johanghazali_
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.