Jin merupakan salah seorang penyanyi daripada kumpulan sensasi dari Korea, BTS.
Baru-baru ini Bighit Music yang merupakan agensi pengurusan kumpulan BTS meminta peminat berhenti menghantar hadiah dan surat kepada penyanyi Jin.
Kata Bighit Music, hadiah hadiah yang dihantar kepada Jin terlalu banyak tetapi penyanyi itu tidak boleh menerimanya sekarang kerana masih dalam latihan dan menjadi masalah di kem latihan.

“Jika surat dan hadiah dari peminat sampai di kem latihan itu dengan skala besar, ia akan menyusahkan pihak di sana untuk menyimpan barang tersebut. “Mungkin boleh hilang kalau terlampau banyak diterima dari peminat. Jadi tolong jangan kirim surat dan hadiah sehingga Jin selesai latihan ketenteraannya,” kata agensi berkenaan.
Bighit Music bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada peminat kumpulan BTS yang sentiasa memberi sokongan tanpa henti.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.