
Sumber: Astro Gempak
Adik Khalid yang juga anak tiri kepada Datuk Siti Nurhaliza mengesahkan bakal melangsungkan majlis pernikahan bersama pelakon terkenal Izara Aishah pada 17 November ini. Menurut Adib lagi, majlis tersebut akan diadakan untuk ahli keluarga dan keluarga terdekat sahaja.
Majlis persandingan belah lelaki pula akan diadakan dua hari selepas itu.
“Pada masa ini, segala persiapan sedang giat kami lakukan dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
“Doakan majlis kami berjalan sempurna seperti mana yang kami rancangkan,” kata Adib.
Mereka berdua mengikat tali pertunangan pada Julai yang lalu.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.