Sebelum ini timbul spekulasi menyatakan isteri kepada Syamsul Yusof, Ira Kazar didakwa hamil. Tetapi Ira ada memuatnaik video di laman Instagram storynya berkongsi keterujaan dan kegembiraan bermain di salah sebuah indoor playground .
Malah video tersebut telah dimuatnaik semula oleh salah seorang pengguna TikTok sehingga mendapat perhatian netizen. Netizen juga membuat spekulasi mengatakan Ira sebenarnya tidak hamil apabila bermain di indoor playground tersebut.Tidak kurang juga ada netizen yang menyatakan Ira hamil dan menitipkan doa buat Ira agar kandungannya selamat.
Sebelum ini, berita mengenai dakwaan kehamilan Ira Kazar tersebar luas tetapi ayah mertuanya, Datuk Yusof Haslam tidak ingin memberi sebarang komen.
Sumber: Astro Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.