Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Puasa Sela (Intermittent Fasting) Bantu Turunkan Berat Badan Secara Sihat

IDRUS, Husna Najwa
14 Apr 2025, 10:54 AM

Dalam usaha untuk mengawal berat badan, kita boleh cuba teknik diet sela ataupun Intermittent Fasting (IF). Amalan ini turut memberi manfaat kepada kesihatan usus dan metabolisme secara menyeluruh. Kaedah IF ini boleh dikatakan berbeza dengan diet-diet yang lain, kerana diet ini lebih fokus kepada pengaturan tempoh waktu makan dan berpuasa yang bergantung kepada kesesuaian individu.

IF juga mungkin mendatangkan beberapa kesan sampingan seperti kelesuan, insomnia (sukar tidur) dan sakit kepala, maka sebelum mengamalkannya, anda perlu berbincang dengan pakar perubatan dan memastikan diet ini sesuai dengan keadaan tubuh badan dan kesihatan terutamanya jika anda mempunyai penyakit batu karang, gastroesophageal reflux, diabetes dan sebagainya.

puasa sela (intermittent fasting) bantu turunkan berat badan secara sihat

Foto Hiasan

Cara mengamalkan Intermittent Fasting (IF)

Semasa tempoh berpuasa:

-Waktu tidur (8 jam) boleh dikira sebagai waktu berpuasa

-Dibenarkan minum air masak, teh hijau, teh dan kopi yang tidak mempunyai susu atau gula

-Mengehadkan jumlah kalori harian anda (untuk sesetengah jenis IF)

-Digalakkan untuk kekal aktif dan meneruskan aktiviti harian seperti biasa

Semasa tempoh makan/berbuka puasa:

-Digalakkan makan dan minum sebanyak 3 kali/sesi dalam tempoh 4-16 jam tersebut.

-Mengambil makanan dan minuman yang sihat dan seimbang seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

-Mengelakkan daripada mengambil makanan atau minumam tinggi gula, garam, lemak dan minyak.

-Mengelakkan makanan yang diproses seperti sosej dan nugget.

Intermittent fasting bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan fizikal tetapi juga memberi kesan positif kepada fungsi otak dan kesejahteraan keseluruhan. Ia boleh menjadi amalan yang membantu meningkatkan kualiti hidup secara menyeluruh.

Sumber: Bernama

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us