
Ketika ini tular mengenai dakwaan yang mengatakan pelakon Intan Najuwa sudah melangsungkan pertunangan dengan seorang jejaka berstatus Datuk. Dari laporan mStar, majlis pertunangan telah berlangsung di kediaman keluarga Intan di Johor Bahru. Malah sumber mengatakan mereka akan melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun ini.
Bakal suami Intan itu juga telah mengikuti rombongan bersama aktres itu ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah. mStar cuba mendapatkan komen dari Intan mengenai berita ini tetapi gagal. Sebelum ini Intan pernah bertunang dengan Razrul Anwar Rusli tetapi hubungan mereka tidak berpanjangan.
Sumber: mStar
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.