Pempengaruh media sosial, Imran Bard mengaku sedikit beremosi apabila ibunya diminta memohon maaf rentetan dari isu video yang di muat naik di sosial media yang didakwa melampau sehingga menimbulkan fitnah terhadap seorang pelakon senior, Ellie Suriaty.
Menerusi satu video yang dimuatnaiknya, Imran bagaimanapun menjelaskan bahawa, dia masih menghormati Ellie Suriaty yang dikatakannya sebagai orang tua dan artis veteran yang ‘lejen’.
Jelasnya lagi, dia sedikit marah apabila dalam keadaan ibunya yang sakit tiba-tiba diminta untuk tampil memohon maaf bagi pihaknya.
“Guys, jangan salah sangka dengan saya. Saya masih menghormati mak cik Ellie sebagai orang tua, sebagai artis veteran. Nak tak nak dia masih lejen. Cuma tadi sedikit marah jela, sebab mak tengah masuk air tetiba mak kena minta maaf pulak,” jelasnya menerusi video.
Video berdurasi 46 saat di aplikasi TikTok itu bagaimanapun mengundang lebih 800 komen daripada netizen.

Foto: Instagram
Terdapat netizen mempertahankan Imran yang dikatakan tiada niat mahu mempersenda Ellie dalam video parodinya baru-baru ini dan tak kurang juga yang menasihati pempengaruh ini supaya bersikap lebih profesional.
Bagaimanapun, mereka meminta Imran untuk menghubungi Ellie dan meminta maaf secara baik.
Terdahulu, pelakon Ellie Suriaty berang dengan tindakan seorang pempengaruh iaitu Imran Bard berikutan video yang di muat naik di sosial media yang didakwa melampau sehingga menimbulkan fitnah terhadap dirinya.

Foto: Instagram
Ellie atau nama lengkapnya Ellie Suriaty Omar mendakwa pempengaruh tersebut telah mempermainkan nama baik dan mengaitkan dirinya dengan penyalahgunaan dadah meskipun hantaran tersebut hanyalah sebuah video parodi.
Justeru, pelakon filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan itu menggesa ibu bapa kepada Imran untuk tampil memohon maaf terhadapnya dalam masa terdekat.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.