Hun Haqeem atau nama sebenarnya Haqeem bin Hermy merupakan salah seorang pelakon lelaki di Malaysia.

Bintang muda berusia 22 tahun ini mula mendapat perhatian kerana raut wajahnya yang dikatakan persis artis Korea, kini semakin dikenali selepas penampilannya dalam sebuah drama di televisyen tempatan.
Memetik laporan dari portal Media Hiburan, Hun Haqeem berkata beliau tidak menolak andai sudah bertemu jodoh dan berkahwin dalam masa terdekat.

“Bagi saya tak salah kalau nak kahwin awal, itu pun sunnah. Selalu orang letak persepsi kalau kahwin awal karier seni akan berakhir. Tapi bagi saya tidak, kerana yang paling penting keikhlasan kita dalam bidang ini.
“Kalau Tuhan dah tulis kita berkahwin awal takkan dia nak tutup rezeki kita pula kan? Adakah sebab takut hilang nikmat dunia kita nak tolak rezeki jodoh yang Allah bagi, sebab itu saya sentiasa percaya rezeki Allah.
“Lagipun banyak faedah berkahwin ketika usia masih muda ni, antaranya fizikal saya masih mampu untuk menyara keluarga dan membesarkan anak-anak,” katanya.
Tambah lagi, Hun Haqeem juga tidak meletakkan syarat dan usia untuk berkahwin, namun lebih sukakan wanita yang luarannya sempoi dan kasar tetapi mengambil berat tentang dirinya.
Sumber: Media Hiburan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.