Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Harimau Malaya Tunjuk Belang, Tewaskan Vietnam 4-0 di Bukit Jalil

IDRUS, Husna Najwa
11 Jun 2025, 11:16 AM

harimau malaya tunjuk belang, tewaskan vietnam 4-0 di bukit jalil

Foto: AFC

Harimau Malaya tampil ganas dan mendebarkan ribuan peminat di Stadium Nasional Bukit Jalil apabila mengejutkan Vietnam dengan kemenangan 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027, lebih mengujakan lagi ini merupakan kemenangan pertama ke atas Vietnam selepas 11 tahun!

Perlawanan dibuka dengan tempo seimbang. Malaysia mencipta beberapa peluang, termasuk rembatan hebat Dion Cools yang mengenai palang pada minit ke-35. Meskipun Vietnam beberapa kali cuba menyerang, keputusan seri tanpa jaringan kekal sehingga rehat.

Perlawanan dihangatkan pada minit 49’ João Figueiredo, pemain warisan baharu, membuka tirai jaringan selepas sepakan dari luar kotak memantul masuk melalui kaki penjaga gol Vietnam.

harimau malaya tunjuk belang, tewaskan vietnam 4-0 di bukit jalil

Foto: Bernama

Selanjutnya pada minit 58’/59’ Rodrigo Holgado, juga pemain naturalisasi, menambah derita Vietnam dengan gol dari dalam kotak penalti hasil gerakan cantik dan hantaran Arif Aiman.

Tidak lama selepas itu, menjelang minit 66’/67 La’Vere Corbin‑Ong melengkapkan serangan balas pantas hasil tolakan ringan dari hantaran kencang Arif Aiman menjadikan kedudukan 3-0.

Kemuncaknya pada minit 88’/89 tandukan memukau milik Dion Cools hasil daripada dendam kerana terkena palang sebelumnya melengkapkan kemenangan 4-0 yang menghangatkan Stadium Bukit Jalil.

Malaysia kini kukuh di tangga teratas Kumpulan F dengan 6 mata penuh, membuka langkah lebih selesa ke Piala Asia 2027. Vietnam pula kini terkeluar daripada gelaran naib juara Piala Asia 2019 dan perlu menerima hakikat bahawa mereka akan menghadapi misi sukar selepas kekalahan terburuk dalam sejarah pertemuan kedua pasukan .

Pengurus Peter Cklamovski dan skuadnya dibuai keyakinan besar. Kemenangan ini bukan sekadar angka, ia menjadi simbol kebangkitan impian tempatan. Malaysia akan terus mencipta momentum apabila menentang Laos pada 9 Oktober nanti untuk memastikan tempat di pentas Piala Asia 2027.

Kemenangan 4-0 ini bukan saja meranapkan reputasi Vietnam, tetapi juga membakar semangat Harimau Malaya dan seluruh rakyat Malaysia. Momentum kini berpihak kepada kita. Lagu kebanggaan akan kembali bergema di Bukit Jalil dan ini hanya permulaan! 🦁🔥

Sumber: Bernama

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us