
Pelakon, Hafiz Roshdi menafikan tuduhan culas dalam pemberian nafkah penjagaan anak.
Menerusi hantaran di laman media sosial Instagramnya, Hafiz membidas segala tuduhan yang dilontarkan terhadapnya.
“Selama ini saya memilih untuk berdiam diri namun apabila perkara seperti ini timbul telah mengganggu pekerjaan, saya memilih untuk mempertahankan hak saya demi menjaga nafkah anak-anak saya.
“Tuduhan yang dilontarkan terhadap saya adalah fitnah semata-mata dan langsung tidak benar.
Oleh itu, Hafiz telah mengemukakan bukti-bukti beliau menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah yang memberi nafkah kepada anak-anaknya.
“Saya mempunyai semua bukti pembayaran nafkah dan bersedia untuk menggunakanya untuk Tindakan susulan”, tambah Hafiz.
Sumber: Astro Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.