Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Anak Dibawa Ke Luar Negara, Hafidz Roshdi Terputus Hubungan Sejak Tahun Lalu

IDRUS, Husna Najwa
30 Apr 2025, 03:56 PM

anak dibawa ke luar negara, hafidz roshdi terputus hubungan sejak tahun lalu

Foto: Harian Metro

Pelakon Hafidz Roshdi mendedahkan bahawa beliau sudah lebih setahun tidak dapat berhubung atau bertemu dengan dua orang anaknya, Umar dan Humairah, selepas bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, membawa mereka ke luar negara. Menurut Hafidz, semua usaha untuk menghubungi anak-anaknya gagal apabila panggilan dan mesejnya tidak lagi dijawab, walaupun beliau telah menyediakan telefon khas untuk tujuan komunikasi.

"Ketika itu kami sudah bersetuju untuk bertemu. Tapi kemudian dia (bekas isteri) memberi pelbagai alasan, dan akhirnya saya tidak dapat berjumpa dengan anak-anak. Sejak itu, nombor saya disekat dan semua usaha saya untuk menghubungi mereka tidak berjaya,"

Kali terakhir Hafidz cuba menghubungi mereka adalah sebelum Aidilfitri tahun lalu, namun pertemuan yang dirancang gagal apabila bekas isterinya memberi pelbagai alasan. Sejak itu, beliau disekat dan tidak lagi dapat menghubungi anak-anaknya.

“Saya bukan kecewa, saya lebih kepada marah,” kata Hafidz yang turut menyuarakan rasa tidak puas hati kerana langsung tidak diberikan sebarang maklumat mengenai keadaan anak-anaknya.

 Beliau menegaskan bahawa sebagai bapa, beliau mempunyai hak untuk mengetahui dan berjumpa dengan anak-anaknya.

Ketika ditanya sama ada beliau mengikuti perkembangan anak-anak melalui media sosial bekas isteri, Hafidz menjelaskan bahawa beliau tidak mahu bergantung pada maklumat di platform tersebut dan mahu mendapat maklumat secara terus dari ibu kepada anak-anaknya.

Mahkamah kini memberikan hak lawatan sementara kepada Hafidz sepanjang cuti persekolahan hujung Mei ini, sementara menunggu Keputusan induk hadhanah berkaitan hak penjagaan yang dijadualkan pada 29 Julai.

Sumber: Harian Metro

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us