Umum mengetahui bahawa Hafidz Roshdi baru sahaja mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama pasangan pilihannya. Namun ramai netizen menzahirkan ucapan tahniah dan ada juga kata-kata negatif.
Hafidz Roshdi tidak terlepas memberikan peringatan buat orang ramai suapaya tidak menghakimi kesilapan orang lain kerana sikap begini akan menyebabkan segala kebaikan yang pernah dibuat akan ditutup dan dilupakan.
“Setiap manusia buat kesilapan, jangan kita hukum orang itu dengan kesilapan dia. Jangan kerana satu kesilapan dia buat, semua kebaikan dia kita tak nampak”

Dia turut menzahirkan rasa syukur apabila ramai mendoakan kesejahteraan perkahwinan kali keduanya dan masih ada ramai insan yang ada dibelakangnya.
“Terima kasih kepada mereka yang menyokong saya daripada dulu sampai sekarang, doakan yang baik-baik untuk saya”
Semoga yang baik-baik sahaja buat pengantin baru ini.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.