
Sumber: Harian Metro
Bertuahnya Hael Husaini apabila tahun ni merupakan tahun pertamanya beraya sebagai seorang ayah. Pasti ramai yang tertanya-tanya bila Hael kahwin ya?
Hael mengambil seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Nur Helena dan itulah anugerah dan rezeki buatnya.
“Saya anggap ini sebagai salah satu rezeki daripada Allah. Semakin meningkat usia, saya terdetik untuk mempunyai anak dan belajar satu lagi tanggungjawab,” katanya.
“Sejujurnya, kehidupan saya berubah secara keseluruhan. Kalau dulu, hidup sendiri tetapi sekarang perhatian lebih kepada Nur Helena,” katanya yang mengakui hidupnya banyak berubah selepas kehadiran Helena.
Agak kekok sebulan menjaga Helena, tetapi Hael dibantu oleh keluarga dan ibunya.
“Awal-awalnya agak kekok, tetapi saya bersyukur ramai membantu terutama ibu yang menjaga Helena ketika saya keluar bekerja.
“Untuk persiapan Aidilfitri pun, saya lebih teruja untuk membeli pakaian untuk anak. Yang peningnya adalah kerana tidak banyak baju yang muat memandangkan dia masih kecil,” katanya.
“Saya tidak bercuti panjang. Insya-Allah, selepas itu saya akan mengadakan majlis rumah terbuka, namun belum ada tarikh yang ditetapkan,” katanya yang akan beraya di Seri Menanti, Negeri Sembilan.

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.