
Sumber: Astro Gempak
Setiap kali muncul di mana-mana untuk membuat persembahan, Hael pasti memakai cermin mata hitam. Seakan tak boleh berpisah.
"Sejujurnya saya tidak mempunyai masalah nak pakai cermin mata hitam atau tidak ketika berada di atas pentas.
"Tapi bila saya tak pakai cermin mata hitam masa buat persembahan, ramai pula yang cakap mereka nampak janggal tengok saya.
"Mungkin mereka sudah biasa lihat saya menggayakan aksesori itu ketika menyanyi.
"Jadi disebabkan itu saya mengambil keputusan untuk terus kekal dengan imej itu ketika mengadakan persembahan sehingga sekarang," katanya kepada Astro Gempak ketika ditemui di ERA DMA 2017.
Menurut Hael, dia inginkan identiti tersendiri.

Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.