Penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini menceburi bidang lakonan buat julung kalinya selepas 17 tahun berada dalam industri muzik Malaysia.
Hael berasa teruja untuk mencuba perkara baru dalam industri seni dan lakonan dimana masih belum pernah diceburi olehnya.
"Saya sanggup untuk menjalani kelas lakonan hanya untuk drama My Famous Ex Boyfriend yang ditawarkan oleh pihak Astro ini,” kata Hael.

Walaupun ini drama pertamanya, Hael bakal digandingkan dengan pelakon hebat seperti Nadhir Nassar dan Qasrina Karim.
Semoga Hael berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
Sumber Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.