Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

G-Dragon ‘Bad Mood’ di KLIA Gara-Gara Peminat Sasaeng Cetus Kekecohan

ROSTAM, Mohamad Firdaus
22 Jul 2025, 10:44 AM

g-dragon ‘bad mood’ di klia gara-gara peminat sasaeng cetus kekecohanFoto: Tangkap layar X

Satu insiden yang mencetuskan rasa kurang senang telah berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, membabitkan bintang K-pop terkenal, G-Dragon, yang juga ahli kumpulan lagenda Korea Selatan, BIGBANG.

Kejadian tersebut berlaku ketika G-Dragon sedang dalam perjalanan pulang ke Korea Selatan selepas menjayakan konsert solonya bertajuk Übermensch yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Namun, detik perpisahan dengan Malaysia itu menjadi tegang apabila penyanyi tersebut dilihat berwajah bengis dan kurang senang sewaktu melalui kawasan pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan G-Dragon berjalan laju sambil menundukkan wajah, jelas menunjukkan ketidakselesaan terhadap persekitaran.

Difahamkan, keadaan menjadi sesak dan tidak terkawal apabila sekumpulan peminat sasaeng, istilah yang merujuk kepada peminat fanatik yang melanggar batas privasi, dilihat berkumpul di kawasan larangan yang sepatutnya tidak boleh diakses oleh orang awam.

 

 

Tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja menjejaskan pergerakan G-Dragon, malah turut mencetuskan kekecohan hingga mengganggu kelancaran proses pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang. Situasi tersebut turut menimbulkan kebimbangan berkaitan aspek keselamatan serta memberi tekanan mental kepada artis yang terlibat.

Kejadian ini mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai menyelar tindakan sebahagian peminat yang dianggap keterlaluan dan tidak menghormati ruang peribadi selebriti. Rata-rata warganet menyatakan bahawa obsesi melampau bukan sahaja memalukan peminat lain, tetapi turut memberi imej buruk terhadap komuniti peminat K-pop di Malaysia.

Beberapa netizen turut menyuarakan keperluan agar pihak berkuasa dan pengurusan acara memperketat prosedur keselamatan di lokasi strategik seperti lapangan terbang, terutamanya apabila melibatkan kehadiran artis antarabangsa.

Insiden ini sekali lagi membuka perbincangan umum tentang kepentingan menjaga adab sebagai peminat serta keperluan mendidik masyarakat agar memahami batas privasi selebriti  bahawa mereka juga manusia biasa yang berhak mendapat ruang peribadi, terutamanya ketika tidak berada di pentas persembahan.

Sumber: X

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us