Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

[Video] Gadis dari Sarawak Gerak Solo ke Bukit Jalil Demi Harimau Malaya

IDRUS, Husna Najwa
12 Jun 2025, 01:46 PM

[video] gadis dari sarawak gerak solo ke bukit jalil demi harimau malaya

Foto: Tiktok (@ohmybarerra)

Bayangkan seorang gadis Sarawak, bermodalkan semangat dan cinta terhadap pasukan bola sepak negara, menempuh perjalanan jauh seorang diri demi satu tujuan iaitu untuk menyaksikan Harimau Malaya beraksi secara langsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kedengaran seperti babak dari filem patriotik, tetapi ini kisah benar!

 

@ohmybarerra Buat pertama kali, saya jejak kaki ke Stadium Nasional Bukit Jalil datang dari Sarawak seorang diri, hanya berbekalkan semangat dan cinta pada bola sepak negara. Berpeluang menonton perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Vietnam dari tempat duduk VIP1. satu pengalaman yang saya takkan lupakan seumur hidup. Dan yang paling manis… Malaysia menewaskan Vietnam 4-0 kemenangan bersejarah setelah 11 tahun penantian! Air mata gugur, sorakan bergema. Saya juga sempat bersalaman, bergambar, dan berjumpa dengan semua wira Harimau Malaya yang selama ini hanya saya lihat di kaca TV. Moment terindah, dari Sarawak ke Bukit Jalil semuanya berbaloi.❤️😭 #malaysiavsvietnam #harimaumalaya #sarawak #dioncools #malaysiaku #wireman #bukitjalil ♬ Viva La Vida Coldplay sped up - ol

 

Perkongsian Jaz (@ohmybarerra) di Tiktok menarik perhatian kerana dia berkongsi pengalaman kali pertama menjejakkan kaki ke Bukit Jalil, Jaz bukan sahaja menjadi sebahagian daripada lautan penyokong Malaysia, tetapi bertuah duduk di tempat Istimewa VIP1. Ini juga bukan sebarang perlawanan, inilah perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Vietnam yang penuh debaran dan aksi.

Malaysia membenam Vietnam dengan jaringan 4-0 satu kemenangan penuh bergaya selepas 11 tahun penantian. Dan Jaz? Dia bukan hanya menonton dari tempat elit, tetapi juga berpeluang untuk bersalaman dan bergambar dengan wira-wira negara.

[video] gadis dari sarawak gerak solo ke bukit jalil demi harimau malaya

Foto: Tiktok (@ohmybarerra)

Beberapa pengguna lain turut membalas posting tersebut menyatakan Jaz turut mendapat perhatian abang cameraman apabila wajahnya sempat muncul di kaca tv! Siapa sangka, dari Sarawak ke Kuala Lumpur, sebuah impian menjadi realiti.

Jadi... siapa sanggup jadi seperti Jaz untuk perlawanan seterusnya?

Sumber: Tiktok (@ohmybarerra)

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us