Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Filem Memori Raih Lebih 20 Anugerah Antarabangsa, Kini Menemui Penonton Tempatan

ROSTAM, Mohamad Firdaus
23 Jul 2025, 12:02 PM

filem memori raih lebih 20 anugerah antarabangsa, kini menemui penonton tempatanFoto: GSC

Filem Memori, yang mengangkat tema kekeluargaan dan memori silam, bakal menemui penonton di pawagam tempatan bermula 31 Julai 2025, selepas mencipta kejayaan membanggakan di pentas antarabangsa dengan meraih lebih 20 anugerah utama.

Filem ini mengisahkan hubungan kompleks antara seorang bapa dan anak lelakinya yang dilanda konflik emosi akibat kisah silam yang sukar dilupakan. Cerita bertambah pilu apabila si bapa disahkan menghidap penyakit Alzheimer, sekali gus menjadi titik tolak dalam usaha anaknya untuk memaafkan dan menyambung semula ikatan yang terlerai.

Berlatarbelakangkan keindahan Kuala Terengganu, naskhah ini diinspirasikan daripada kisah benar, menjadikannya lebih menyentuh hati dan sarat dengan nilai kemanusiaan.

Barisan pelakon yang menjayakan filem ini termasuk nama-nama besar seperti Dato’ Hilal Azman, Hisyam Hamid, Diana Danielle, Anas Ridzuan, Aanantha Rajaram, Pushpa Narayan dan Aajaay Suresh.

Memori telah mencatat rekod membanggakan apabila tersenarai dan memenangi pelbagai pengiktirafan di festival filem antarabangsa yang berprestij, antaranya di Los Angeles, New York, Mexico, China, Berlin, India, Tokyo, Singapura dan Filipina. Antara anugerah yang diraih termasuk Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pengarah Terbaik, Suntingan Terbaik dan Penerbit Terbaik.

Tayangan perdana filem ini berlangsung pada 22 Julai 2025 di GSC Mid Valley Megamall, turut dihadiri oleh pengarah filem, Abid Hussain, Penerbit Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Creative Stew, Zakiah Malek, serta para pelakon utama.

Filem ini diterbitkan oleh Creative Stew Sdn. Bhd. dengan kerjasama Golden Screen Cinemas, dan diarahkan sepenuhnya oleh Abid Hussain.

“Memori ialah kisah yang terbit daripada rasa sedih, kasih dan syukur. Ia menggambarkan bagaimana manusia membawa beban emosi lalu hingga terlepas pandang detik berharga bersama insan tersayang.

“Pada asasnya, ia merupakan perjalanan melepaskan masa silam untuk menemui erti sebenar kasih sayang,” jelas Abid Hussain.

Sementara itu, Penasihat Penerbitan Filem GSC Movies, Encik YK Tung, turut menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian filem ini.

“Kami teruja dengan hasil kerjasama bersama Creative Stew dalam mengetengahkan karya tempatan kepada pasaran global.

“Kejayaan ini membuktikan bahawa filem independen Malaysia mampu bersaing di peringkat antarabangsa atas kekuatan cerita dan emosi yang tulen,” katanya.

Memori akan ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula 31 Julai ini, dan dijangka menjadi salah satu filem tempatan paling berkesan dari segi emosi dan naratif tahun ini.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us