berita hiburan era Dato' Fazley Bengang Netizen Kecam Panggilan 'Adik Sayang' Untuk Isterinya Nampaknya memang marah betul Dato' Fazley bila netizen persoalkan panggilan untuk isteri. Editor 15 May 2018, 05:31 PM Share Tweet Baru-baru ini Dato' Fazley Yaakob ada memuat naik gambar di Instagram sempena ucapan Hari Ibu buat isterinya, ibunya dan juga ibu mertuanya. Dalam kapsyen tersebut, Dato' Fazley memanggil isterinya dengan gelaran 'Adik' dan ianya membuatkan netizen mempersoal tindakannya itu. Baca je lah ok, ditujukan buat mereka yang rajin dan excited nak post comment, tapi malas nak berfikir 🤔A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on May 13, 2018 at 7:50am PDTBerang dengan kecaman netizen Dato' Fazley menjelaskan cerita disebalik panggilan buat isterinya, Azrene Ahmad. Wow ramainya berasa pelik kenapa saya panggil isteri saya “Adik Sayang” 😂. Macam ni ceritanya, Isteri saya anak bongsu, so semua ahli keluarga dia panggil dia “Adik”, lepas tu masa saya jumpa dia di Albert Hall #London (Semasa menguruskan concert Datuk Siti Nurhaliza) it was love at first sight. Saya ingat dia baru berumur 18 tahun, saya pun naturally panggil dia “Adik” dan dia panggil saya “Abang”, sebab kami berdua agak traditional dari segi panggilan ni. Nak dijadikan cerita, arwah Bapak saya panggil ibu saya @rsd.umi sebagai “Dik Mi”, so bila saya dah makin rapat dengan Azrene, panggilan manja kami terus menjadi “Adik Sayang” dan “Abang Sayang”, dan panggilan ni lekat walau pun kami dah ada 4 orang anak dan 13 tahun bercinta 😂, dah jangan gaduh2 sebab nak mencari sebab kenapa saya panggil @azrene_ahmad “Adik” ok? 😂 #Kelakarlakorangni #Bendanipunnakmembawang #CubatrymintaksuamiataubfpanggiladikpulakA post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on May 13, 2018 at 5:08am PDTKalau tak tahu cerita, tak usahlah mempertikaikan orang lain dan menuduh tak tentu hala. Sumber: Instagram @fazleyyaakob Share Tweet Filled Under : datofazley *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.