Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Fattah Amin Tepis Spekulasi Kahwin Dengan Amira Othman - “Tarikh Itu Pun Tak Wujud”

ROSTAM, Mohamad Firdaus
19 May 2025, 11:20 AM

fattah amin tepis spekulasi kahwin dengan amira othman - “tarikh itu pun tak wujud”Foto: Instagram

Pelakon popular tanah air, Fattah Amin akhirnya tampil menafikan dakwaan hangat yang berlegar di media sosial tentang dirinya bakal berkahwin dengan penyanyi dan pelakon Amira Othman pada 25 Mei ini. Menurut Fattah, berita yang tersebar itu tidak berasas dan hanya spekulasi semata-mata.

Fattah, yang kini berusia 34 tahun, menyatakan bahawa tarikh yang disebut dalam khabar angin tersebut tidak pernah wujud sama sekali. Malah, beliau menganggap semua yang diperkatakan hanyalah hasil rekaan peminat atau netizen yang suka membuat andaian tanpa sebarang bukti kukuh.

“Tarikh itu langsung tak wujud. Ia hanyalah khabar angin yang dicipta oleh peminat atau netizen. Saya nak tegaskan, saya menafikan sekeras-kerasnya segala maklumat dan tarikh yang tersebar dalam media sosial itu.

“Hubungan saya dengan Amira tidak lebih daripada rakan sekerja,” jelas Fattah ketika ditemui media di The Curve, Damansara.

Isu ini menjadi perhatian ramai selepas timbul spekulasi bahawa Fattah dan Amira mempunyai hubungan istimewa, terutamanya selepas Fattah bercerai dengan pelakon Nur Fazura pada 7 Oktober tahun lalu.

Sejak itu, Fattah sering dikaitkan dengan pelbagai nama, namun desas-desus terbaharu melibatkan Amira menjadi tumpuan media hiburan.

Walaupun menafikan wujud sebarang hubungan romantik, Fattah tidak menolak bahawa beliau mengenali keluarga Amira dan mempunyai pandangan positif terhadap mereka. Beliau menyifatkan keluarga Amira sebagai sangat sopan, rendah diri dan menyenangkan.

“Saya pernah bertemu dengan keluarga Amira, dan saya boleh katakan mereka sangat merendah diri, sangat baik. Kalau tengok adik dia, Irfan Haris pun, memang nampak jelas didikan yang baik – sopan dan sangat beradab,” tambah Fattah.

Amira Othman sebelum ini juga pernah menafikan hubungan cinta dengan Fattah. Namun, keakraban mereka sebagai rakan dalam industri hiburan, ditambah pula dengan interaksi mesra di media sosial, sering mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat.

Fattah menegaskan bahawa beliau kini ingin memberi tumpuan kepada kerjayanya dan lebih selesa jika kehidupan peribadinya tidak dijadikan bahan spekulasi umum.

“Saya hargai sokongan peminat, tetapi dalam masa sama, saya harap semua pihak beri ruang dan tidak membuat andaian tanpa fakta,” ujarnya lagi.

Sumber: HibGlam

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us