Baru-baru ini pelakon, Fasha Sandha mendapat perhatian netizen apabila menghadiri majlis berbuka puasa bersama bekas keluarga mentua, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.
Kelihatan di majlis tersebut, Nora Danish yang turut memakai pakaian warna yang sedondon dan turut bergambar bersama keluarga besar keluarga bekas suaminya, Rizal Ashram atau Jejai.
Difahamkan perjumpaan keluarga itu bersempena meraikan ulang tahun kelahiran anak lelaki Fasha dan Jejai iaitu Putra Rayfal Ramli yang ke-10, selain berbuka puasa bersama di kediaman Ramli dan Raja Noora.
Menerusi posting tersebut, netizen memuji kedua-dua aktres yang kelihatan lebih bahagia dan turut mendoakan Fasha dan Nora kekal bahagia bersama keluarga masing-masing disamping memelihara hubungan erat ini.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.