
Sumber: mStar & Berita harian
Ramai yang menunggu drama Coffee Prince. Bagaimanapun, tersebar luas di media sosial apabila salah satu adegan drama itu menjadi viral di mana Fattah Amin dan Janna Nick seakan bercium. Melihatkan video itu memang ramai terkejut kerana ia seperti sangat real.
Namun, pengarah drama itu Michael Ang menafikan wujudnya babak bercium dalam drama arahnnya itu.
"Takkanlah saya sebodoh itu untuk menghasilkan babak bercium. Ini Malaysia. Semestinya saya peka dalam soal sensitiviti di negara kita. Tiada istilah bercium atau menggunakan 'camera trick' pun.
"Sebaliknya, saya hanya meminta Fattah meletakkan pipinya di sebelah kanan muka Janna. Tetapi, kedua-duanya tidak bersentuhan langsung. Itu saja yang saya arahkan kepada pelakon. Memang tak ada babak bercium pun," katanya kepada BH Online.

Video tersebut dirakam dan dimuatnaik oleh Fara Mendoza yang datang melawat Janna di set.
"Di sini Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak di sebabkan instastory saya itu, saya tiada niat pun untuk melukakan hati sesiapa, menjatuhkan sesiapa or menyentuh hati sesiapa.
"Dengan rasa rendah diri saya mohon maaf atas kesilapan itu dan saya mengakui ianya dari kesilapan khilaf saya yang tidak sengaja, harap selepas ni tiada yang cuba membesarkan lagi hal ini. Saya hanya manusia biasa yang tidak lari dari membuat kesilapan," ujarnya.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.