Penyanyi yang mempunyai vokal hebat, Ernie Zakri kini telah mula merehatkan diri daripada aktiviti nyanyian buat sementara waktu untuk memulihkan semula keadaan suaranya yang telah terjejas sejak bulan lalu lagi.

Dia menjelaskan bahawa suaranya mula terjejas sejak satu acara pertandingan separuh akhir dan memaklumkan masih dalam tempoh pemulihan.
Namun, dia menjelaskan bahawa walaupun dia perlu merehatkan suara, namun masih banyak komitmen yang perlu dilakukan.
‘Insya-Allah akan rehat sebentar, minggu ini kurang menyanyi. Doakan ya” kongsinya.
Ramai peminat Ernie turut mendoakan kesihatannya dan memberi sokongan yang padu. Semoga cepat sembuh Ernie.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.