Foto: Page Dr Raihana Ismail
Masih ada yang menganggap penggunaan epidural semasa bersalin sebagai ‘cheatcode’ atau jalan mudah.
Realitinya, tanggapan sebegini bukan sahaja tidak berasas, malah boleh menjejaskan emosi dan keyakinan ibu hamil yang sedang membuat keputusan penting demi keselamatan diri dan bayi mereka.
Menerusi perkongsian di Threads, Dr Raihana Ismail yang merupakan doktor perubatan & pengasas kepada syarikat berkaitan pemakanan kesihatan telah menyentuh secara lantang dan jelas berhubung isu ini.
“Oh dia kata ambil epidural tu cheatcode? Uhukk… kita tengah bersalin, bukan tengah tebar roti canai.”
“Eh hello, ni bukan zaman nenek moyang beranak tepi sungai pakai daun, ni zaman kita ada doktor, ubat moden, dan ya — EPIDURAL.”
“Epidural bukan jalan pintas. Bukan juga ‘tak tahan sakit’. Itu namanya GUNA AKAL. Kamu ingat kita nak menang anugerah ‘Ibu Paling Derita 2025’ ke apa?” tulisnya.
Menurut beliau, keputusan untuk mengambil epidural bukan bermakna seseorang itu lemah, tetapi kerana ibu tersebut mengambil langkah bijak untuk mengurangkan risiko komplikasi, trauma fizikal dan emosi.
Malah katanya, jika logik “tahan je sakit” itu diguna pakai dalam semua situasi perubatan, maka:
“Orang operate jantung pun patut tahan je la sakit. Bius tu kan cheat? Tak payah doktor, tahan je, baru lah real. Bunyi dia macam bijak, tapi sebenarnya… you know lah.”
Dr Raihana turut mengingatkan agar tidak menjadikan proses kelahiran sebagai medan untuk penghakiman atau persaingan siapa lebih hebat.
“Nak tahan sakit? Silakan. Nak ambil epidural? Silakan juga. Yang penting, bukan orang lain punya uterus, bukan orang yang push nanti, jangan sibuk.”
Dalam pada itu, beliau turut menitipkan sokongan yang jelas kepada wanita yang sedang melalui proses Trying to Conceive (TTC).
“Kepada mommies yang tengah TTC — yang tengah sabar telan asid folik, yang hari-hari minum Efferty, check OPK tiap pagi, layan cramps lepas ovulasi, dan doa tak putus tiap malam, jangan layan hasutan ‘epidural tu cheatcode’ ni, okay?”
“Awak patut tahu: masa bersalin nanti, awak ada hak untuk pilih apa yang SELAMAT.”
Pilihan untuk mengambil epidural adalah hak ibu. Ia bukan soal siapa paling tahan sakit, tetapi siapa yang berani buat keputusan terbaik untuk dirinya.
Keputusan dalam bilik bersalin bukan milik orang luar. Ia hak mutlak ibu yang menanggung sakit, yang menanggung risiko, dan yang menatang nyawa dalam rahimnya.
Maka apa jua pilihan yang dibuat, selagi ia selamat dan disokong ilmu perubatan, wajar diraikan, bukan dipersoal.
Sebelum ini, tular beberapa screenshot perbualan antara seorang pempengaruh dan seorang individu yang tidak dikenali mengenai bagaimana bekas isterinya, yang juga merupakan seorang pempengaruh, melahirkan anak mereka menggunakan kaedah Epidural.
Katanya, bekas isterinya itu tidak melahirkan anak-anaknya dalam keadaan yang menyakitkan seperti orang biasa melahirkan anak.
Sekadar info, Epidural adalah prosedur apabila ubat disuntik ke belakang untuk menghalang kesakitan di kawasan tertentu badan. Epidural membantu ibu mengurangkan kesakitan semasa proses kelahiran melalui suntikan anestetik ke dalam ruang epidural tulang belakang yang lebih rendah.
Sumber: Threads Dr Raihana Ismail
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.