Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Dimas Anggara Mohon Maaf, Tampar dan Tendang Anak Pasha Ungu

ROSTAM, Mohamad Firdaus
25 Jun 2025, 12:55 PM

dimas anggara mohon maaf, tampar dan tendang anak pasha unguFoto: Agensi

Pelakon sinetron, Dimas Anggara, telah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka kepada Kiesha Alvaro, puteri penyanyi Pasha Ungu, selepas insiden tamparan dan tendangan berlaku di lokasi penggambaran. Kejadian yang berlaku di luar skrip tersebut mencetuskan reaksi keras dari pihak keluarga.

Insiden itu didakwa berlaku ketika Dimas sedang menjalani latihan pergerakan (blocking), bukan ketika rakaman sedang berlangsung, menyebabkan adegan kekerasan itu menimbulkan rasa kurang senang ramai di kalangan kru dan penonton.

Pasha Ungu segera bertindak dengan menyiarkan satu hantaran di Instagram miliknya, menyuarakan kemarahannya sambil menuntut penjelasan daripada Dimas dan pihak produksi.

“Tolong cari saya sekarang ya … katanya kamu menampar anak saya Kiesha di lokasi penggambaran. Saya minta pihak produksi menjelaskan dan bertanggungjawab atas kejadian ini. Lokasi penggambaran seharusnya aman daripada sebarang bentuk kekerasan,” tulisnya.

Susulan kejadian ini menjadi tular, Dimas tampil dalam video yang dimuat naik di akaun sosial medianya untuk mengakui kesalahannya dan memanjangkan permohonan maaf.

“Saya ingin memohon maaf kepada Keisha dan kedua orang tuanya atas apa yang terjadi. Alhamdulillah Keisha dan keluarganya telah menerima permohonan maaf saya. Semoga kejadian ini tidak berulang lagi pada masa hadapan,” katanya sambil mereka dilihat saling memeluk dan bersalaman.

Dalam reaksi terkini, Pasha Ungu dilaporkan telah menyatakan penghargaan atas permohonan maaf tersebut.

“Terima kasih ... sudah menyadari kekeliruannya atas sikap yang berlebihan terhadap anak saya ... insya Allah semua ada hikmahnya,» dan mengharapkan hubungan yang baik dapat dibina semula,” ujarnya menerusi satu kenyataan.

Kejadian ini turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam talian, dengan beberapa pihak menuduh bintang sinetron itu mabuk atau terlibat dengan bahan terlarang semasa kejadian, namun tiada bukti konkrit dikemukakan sehingga kini.

Pihak produksi sinetron berkenaan masih belum menyatakan sebarang pendirian rasmi berhubung insiden ini dan dilaporkan sedang menjalankan siasatan dalaman. Sementara itu, Dimas memberikan jaminan akan bekerjasama penuh untuk memulihkan kepercayaan serta memastikan kes seperti ini tidak berulang.

Sumber: Agensi

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us