Farid Kamil & Diana Danielle hadir ke mahkamah hari ini untuk proses pendamaian berikutan kemelut rumah tangga mereka selepas Diana Danielle memfailkan penceraian. Menurut Farid Kamil , kes hari ini berjalan lancar dan ada sinar untuk pendamaian. Farid turut berkongsi, dia bakal berjumpa dengan anak keduanya iaitu, Aurora tidak lama lagi dan berusaha sebaik yang mungkin.Sementara itu, Farid juga enggan mengulas tentang bilik yang dikatakan tidak sesuai untuk kanak kanak masuk seperti yang ditulis Diana Danielle di Instagram Story beberapa hari yang lepas.
Nampakya kedua-dua belah pihak seperti mencapai kata putus, harapan Diana Danielle juga agar isu ini bertemu jalan penyelesaian. Diana juga memohon agar orang ramai mendoakan dia. Disamping itu, apabila ditanya tentang keadaan Aurora, Diana mahu menjaga privasi anak keduanya itu dengan tidak berkongsi tentang keadaannya dengan lebih terperinci. Diana Danielle turut enggan mengulas dengan lebih lanjut tentang bilik yang diperkatakan. Diana juga menyerahkan segala pertanyaan kepada peguamnya.
Sumber: Officialhlive
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.