
Selepas filem pecah panggung bukan sahaja di Indonesia tetapi juga di Malaysia, Ada Apa Dengan Cinta, kini Dian Sastrowardoyo digandingkan lagi dengan Nicholas Saputra.
Kali ini mereka berpasangan dalam filem Arunda dan Lidahnya yang sedang menjalani penggambaran.
"Sama Nicho itu lo lagi lo lagi dari 2001 saat produksi Ada Apa Dengan Cinta?. Saya berapa kali kerja sama dengan Nicho dan selalu couple," jelasnya ketika dijumpai oleh media Indonesia.
Dalam filem ini Dian memegang watak sebagai Aruna manakala Nicholas sebagai Bono.
"Di dunia nyata saya dan Nicho teman baik. Ini satu-satunya film yang ditawarkan ke kami berdua dengan dinamika berbeda," kata Dian.
Selain daripada Ada Apa Dengan Cinta, mereka berdua juga pernah digandingkan bersama dalam filem 3 Doa 3 Cinta pada tahun 2008.
Sumber: Detiknews
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.