Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

“Dia Bukan Seperti Yang Disangka, Semua Nilai Murni Saya Datang Darinya…” - Nabila Huda

ROSTAM, Mohamad Firdaus
15 Jul 2025, 11:09 AM

“dia bukan seperti yang disangka, semua nilai murni saya datang darinya…” - nabila hudaFoto: Instagram

Pelakon terkenal serba boleh, Nabila Huda tampil menjelaskan kenyataan selepas sebuah video monolog yang dimuat naik di Instagram miliknya menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Menerusi satu ciapan di platform X, Nabila atau lebih dikenali sebagai Abil menyatakan bahawa lelaki yang dikaitkan dengan naratif dalam video berkenaan bukanlah seperti yang digambarkan oleh orang ramai. Sebaliknya, beliau menggambarkan individu tersebut sebagai seorang yang banyak mencorakkan keperibadiannya sejak kecil.

“Dia bukan seperti yang orang sangkakan. Dia sentiasa bersopan santun, tenang, dan mempunyai perwatakan yang sangat merendah diri. Sifat rendah diri dan karakter yang saya miliki hari ini adalah hasil didikan daripadanya. Sejak kecil lagi dia selalu menasihati saya agar menjadi seorang yang bersikap rendah diri,” tulisnya di laman X.

Kenyataan itu dilihat sebagai usaha Abil untuk meluruskan tanggapan umum serta mempertahankan maruah lelaki yang tidak dinamakan secara langsung dalam kenyataannya.

Sebelum ini, sebuah video monolog yang dimuat naik oleh Nabila menarik perhatian ramai kerana mengandungi sindiran terhadap seorang wanita yang digambarkan sebagai tamak, materialistik, dan sanggup membiarkan suami dihina demi kepentingan peribadi.

Walaupun tiada nama disebut secara jelas dalam video berkenaan, ramai pengguna media sosial membuat andaian dan menyebarkan pelbagai spekulasi mengenai individu yang dimaksudkan. Hal ini mencetuskan perbincangan hangat serta reaksi pelbagai pihak di media sosial.

Namun, menerusi kenyataan terbarunya, Nabila dilihat berusaha memperbetulkan salah faham dan menjelaskan bahawa lelaki berkenaan tidak wajar menjadi sasaran fitnah mahupun kecaman awam.

Untuk makluman, ini bukan kali pertama pelakon filem Munafik itu memuat naik video monolog dengan nada tersirat. Terdahulu, beberapa video seumpamanya turut mengundang perhatian dan mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan pengikutnya di media sosial.

Sumber: X

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us