Bekas pemain bola sepak terkenal dunia, David Beckham mendedahkan dirinya mengalami penyakit gangguan obsesif kompulsif (OCD).
Bekas pemain Manchester United dan Real Madrid itu juga mengaku beliau penat dengan penyakit yang dialaminya apabila akan menghabiskan masa berjam-jam setiap hari hanya untuk memastikan keadaan di dalam kediaman berada pada posisi yang betul, tambah Beckham, beliau akan melakukan ‘kerja-kerja’ mengemas tersebut saat seluruh ahli keluarganya sedang nyenyak tidur.

“Saya tidak boleh bangun tidur dan melihat ada pinggan dan mangkuk yang tidak teratur. Saya akan bersihkan semuanya termasuk cermin. Saya juga akan bersihkan lilin, malah pastikan asap yang keluar hanya berada dalam ‘kawasan’ lilin itu sahaja. Ya, saya tahu itu pelik.” kata Beckham.
Isteri kepada Dvid Beckham, Victoria memberi respon dengan mengatakan menghargai kesungguhan suaminya, namun menyifatkan Beckham sebagai manusia yang terlalu sempurna.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.