Penerbit dan pengarah negara, Datuk Yusof Haslam, baru-baru ini telah menerima anugerah Ijazah Doktor Falsafah Kehormat Sastera Seni dalam jurusan perfileman.

Anugerah tersebut juga adalah sebagai menghargai jasa dan penglibatan beliau dalam industri seni dan hiburan negara selama hampir 46 tahun.

"Saya bagaimanapun tentunya berbesar hati menerima tawaran pihak universiti. Ia adalah pengiktirafan bermakna buat saya selama lebih empat dekad dalam dunia seni," ucapnya.
Ini merupakan anugerah ketiga beliau sepanjang pembabitan dalam industri seni selepas menerima Anugerah Usahawan Malaysia (1996) dan ACP Kehormat daripada PDRM (2012).
Tahniah!
Sumber: Awani // OUM Megazine
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.