Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Susah Nak Minta Maaf ? Mungkin Anda Seorang Yang Toksik?

IDRUS, Husna Najwa
07 May 2025, 03:09 PM

susah nak minta maaf ? mungkin anda seorang yang toksik?

Foto: Hello Doktor 

Dalam dunia yang semakin mencabar ini, kesihatan mental dan hubungan sosial menjadi aspek penting dalam kehidupan seharian. Tanpa disedari, kita sendiri mungkin mempamerkan tingkah laku toksik yang boleh menjejaskan hubungan dengan orang sekeliling.  

Perangai toksik merujuk kepada sikap atau tingkah laku yang memberi kesan negatif kepada emosi, motivasi atau kesejahteraan orang lain. Individu toksik mungkin tidak sedar akan impak tindakan mereka, tetapi kesannya boleh menyebabkan tekanan mental, emosi, dan sosial kepada orang lain. 

7 Tanda Anda Mungkin Seorang Yang Toksik 

1. Kerap Menghukum Orang Lain 

   Sering menyalahkan atau merendahkan orang yang berusaha adalah satu bentuk sabotaj emosi. Contohnya, mengatakan "Malas nak usaha, tu la susah" memperlekehkan usaha orang lain. 

2. Suka Berfikiran Negatif 

   Pemikiran pesimis seperti "Kenapa nak berhenti hisap rokok, nanti mati juga" bukan sahaja merugikan diri sendiri, malah menyebarkan aura negatif kepada orang sekeliling. 

3. Kuat Menyindir 

   Sindiran seperti "Untunglah naik gaji, kerja rilek pun gaji banyak" sebenarnya menunjukkan iri hati yang tidak sihat dan boleh menimbulkan ketegangan dalam perhubungan dengan Masyarakat sekeliling. 

4. Sentiasa Salahkan Orang Lain atau “Play a Victim” 

   Sentiasa menyalahkan orang lain atas kegagalan diri sendiri atau berlakon sebagai mangsa tanpa mengambil tanggungjawab adalah tanda ketidakmatangan emosi. 

5. Susah Nak Minta Maaf 

   Enggan mengakui kesilapan sendiri atau sukar meminta maaf menunjukkan ego yang tinggi dan keengganan untuk memperbaiki hubungan. 

6. Sering Kritik Orang Lain 

   Individu yang terlalu suka mengkritik biasanya kurang empati dan tidak menyedari kesan kata-kata mereka terhadap harga diri orang lain. 

7. Sentiasa Sibuk Apabila Diperlukan 

   Mengelak dari membantu atau menunjukkan sikap tidak peduli mencerminkan sifat egois yang tinggi. 

Mengenali tanda-tanda ini bukan bermaksud kita harus menyalahkan diri sendiri, tetapi untuk memperbaiki diri. Kesedaran adalah langkah pertama menuju hubungan yang lebih sihat, kehidupan yang lebih positif, dan kesejahteraan emosi yang lebih stabil. 

Setiap orang boleh berubah. Jika anda melihat mana-mana ciri dalam diri anda, jangan risau. Mulakan dengan niat untuk menjadi versi diri yang lebih baik. Belajarlah untuk lebih memahami, menghormati, dan menyayangi orang lain. 

Sumber: Hello Doktor 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us