Telah menjadi pertanyaan buat semua netizen mengenai status perkahwinan kepada kakak selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila akhirnya mengesahkan bakal bercerai dalam masa terdekat bersama Engku Emran.
Nabila telah nekad untuk tidak lagi memegang status sebagai isteri kepada Engku. Dia menyatakan bahawa mereka dalam proses penceraian dan akan diputuskan dalam masa yang terdekat.

Engku Emran sudah keluar daripada rumah sejak awal Januari lalu dan menyatakan hasrat untuk bercerai.
“Jodoh ajal maut adalah aturan Allah SWT, tiada siapa yang nak berkahwin untuk bercerai dan saya juga impikan perkahwinan yang bahagia dan berpanjangan,” ulas Nabila.
Nabila memilih untuk mendiamkan diri soal status rumah tangganya supaya tidak menjadi sorotan orang ramai.
Semoga segala urusan Nabila dipermudahkan.
Sumber Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.