Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Tak Sangka! Burung Kakak Tua Bongkar Rahsia Sindiket Dadah Libatkan 15 Anggota

ROSTAM, Mohamad Firdaus
08 Aug 2025, 11:15 AM

tak sangka! burung kakak tua bongkar rahsia sindiket dadah libatkan 15 anggotaFoto: Agensi

Seekor burung kakak tua peliharaan yang mampu meniru percakapan manusia telah membantu pihak berkuasa membongkar kegiatan haram sebuah sindiket pengedaran dadah yang beroperasi dari dalam penjara.

Sindiket berkenaan yang dianggotai seramai 15 individu termasuk ketuanya, Adam Garnett, 35 tahun, telah didakwa atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah. Dua daripada mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Polis Lancashire pada Isnin, kesemua anggota sindiket tersebut telah dijatuhkan hukuman penjara dengan jumlah keseluruhan melebihi 103 tahun.

Siasatan pihak berkuasa mendapati bahawa kumpulan itu menjalankan operasi pengedaran dadah dari Blackpool, England, antara Februari 2023 hingga Julai 2024.

Jurucakap polis memaklumkan bahawa kegiatan mereka mula terbongkar hasil pemeriksaan rutin di dalam sel penjara yang menempatkan Garnett, di mana beberapa peranti termasuk telefon bimbit dan penghala Wi-Fi berjaya ditemui dalam milikannya.

Penemuan itu telah mencetuskan siasatan lanjut yang membawa kepada serbuan ke atas beberapa lokasi, termasuk kediaman milik tiga orang anggota sindiket terbabit. Dalam serbuan tersebut, pihak polis merampas pelbagai jenis dadah berbahaya seperti heroin, kokain, ketamine dan ganja, selain sejumlah wang tunai yang dipercayai hasil aktiviti haram.

Namun, apa yang paling mencuri perhatian dalam siasatan ini ialah peranan seekor burung kakak tua peliharaan milik teman wanita Garnett yang diberi nama Mango. Berdasarkan video yang dijumpai dalam telefon bimbit wanita berkenaan, burung itu dilatih menyebut frasa “two for 25”, iaitu kod yang digunakan dalam urus niaga dadah sindiket tersebut.

Frasa itu dipercayai merujuk kepada harga dua unit dadah yang dijual pada kadar £25. Kebolehan Mango mengucapkan frasa tersebut secara berulang kali jelas menunjukkan betapa burung itu dilatih khas untuk tujuan berkaitan aktiviti pengedaran.

Pihak Polis Blackpool turut memuat naik klip video burung kakak tua tersebut di laman media sosial rasmi mereka, berserta kapsyen berbunyi, "Apa perkara paling berbakat yang haiwan peliharaan anda mampu lakukan? Faham arahan untuk duduk? Bagaimana jika ia boleh bercakap?"

Pendedahan unik ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai, termasuk kebimbangan mengenai sejauh mana sindiket jenayah sanggup menggunakan apa sahaja, termasuk haiwan bagi melindungi kegiatan haram mereka.

Kes ini turut mendapat perhatian media antarabangsa kerana keunikan kaedah penyamaran dan peranan luar biasa seekor burung dalam membongkar sindiket jenayah berbahaya.

Sumber: Agensi

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us