Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Bekalan Gas Di Shah Alam, Klang Terjejas Sehingga 20 April

ROSTAM, Mohamad Firdaus
07 Apr 2025, 02:35 PM

bekalan gas di shah alam, klang terjejas sehingga 20 april

Foto: Berita Harian

Bekalan gas di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia mengalami gangguan susulan insiden letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pada 1 April 2025.

Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam kenyataan media menyatakan bahawa kawasan yang terjejas termasuk Shah Alam, Klang, Serdang, Puchong, Batu Tiga, Kapar, dan beberapa kawasan di zon utara.

“Beberapa pengguna yang terjejas telah menerima notis sekatan daripada pembekal mereka yang berlanjutan sehingga 20 April 2025.

“Bekalan gas yang ada kini terhad dan keutamaan diberikan kepada perkhidmatan kritikal seperti hospital, penjanaan elektrik, serta keperluan untuk menstabilkan tekanan paip gas,” kata kenyataan itu.

ST turut memaklumkan bahawa insiden tersebut mengakibatkan gangguan bekalan gas kepada empat stesen janakuasa utama di Lembah Klang, iaitu Stesen Janakuasa (SJ) Connaught Bridge, SJ Pulau Indah, SJ Sultan Salahuddin Abdul Aziz (KEV), dan SJ Putrajaya.

Namun, ST menjelaskan bahawa bekalan elektrik di Semenanjung Malaysia masih stabil, dengan beberapa langkah mitigasi yang telah dan akan dilaksanakan, termasuk pengoperasian optimum stesen janakuasa sedia ada, termasuk penjanaan menggunakan arang batu.

Selain itu, ST turut merancang untuk mengoperasikan stesen janakuasa yang terjejas menggunakan bahan bakar "distillate fuel" dan MFO, serta memantau permintaan dan perancangan penjanaan dengan lebih teliti, melibatkan pelbagai senario risiko.

ST turut memberitahu bahawa langkah-langkah mitigasi sementara sedang dikaji dan mereka akan mengadakan sesi libat urus dengan pengguna yang terjejas dalam masa terdekat.

“Insiden letupan paip gas ini adalah kejadian terpencil di Semenanjung Malaysia.

“ST menggesa semua pihak untuk terus bekerjasama dan menyeru pengguna untuk sentiasa mengutamakan keselamatan serta menggunakan tenaga secara berhemah untuk menangani impak secara kolektif demi kesejahteraan bersama,” kata kenyataan itu.

Sumber: Kosmo

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us