David Beckham antara ayah berstatus selebriti yang menjadi perhatian. Berkahwin dengan Victoria dan memperoleh 4 orang anak membuatkan ramai yang mahu tahu akan kehidupan mereka. Walaupun baru-baru ini tersebar khabar angin yang menyatakan mereka bercerai, namun pasangan itu cepat-cept menyangkal dakwaan tersebut.
Baru-baru ini, David Beckham telah meluahkan kerisauannya apabila menjadi seorang bapa. Antaranya, dia akan sentiasa memastikan anaknya berada dalam keadaan baik. Bukan tu je, walaupun anaknya sudah berumur 19 tahun, namun dia sboleh-bolehnya mahu anaknya berada di sampingnya.
David juga sering mengiringi anaknya Harper ke sekolah. Setiap pagi, David akan cuba membuat sarapan untuk mereka sekeluarga. Bagi duta UNICEF itu, masa bersama anak-anaknya adalah satu perkara yang amat penting buat dirinya.
Sumber: Daily Mail
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.