Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Barbie Fashionistas Kini Dengan Pam Insulin dan Alat Pemantau Glukos, Mendorong Kesedaran Terhadap Diabetes

IDRUS, Husna Najwa
10 Jul 2025, 02:35 PM

barbie fashionistas kini dengan pam insulin dan alat pemantau glukos, mendorong kesedaran terhadap diabetes

Foto: Mattel

Siapa sangka anak patung paling ikonik dunia kini melangkah ke era baharu yang lebih inklusif dan mendidik? Mattel baru-baru ini mengumumkan pelancaran Barbie pertama dengan Diabetes Jenis 1, lengkap dengan glucometer dan pam insulin. Ia bukan sekadar cantik, malah tampak realistik dan memberi inspirasi kepada penggemarnya.

Selama bertahun-tahun, Barbie telah menjadi simbol fesyen, impian dan profesion tidak kira dari doktor sehingga menjadi seorang angkasawan. Tetapi kini, dia juga menjadi simbol kekuatan dan ketabahan! Dengan memperkenalkan Barbie yang menghidap diabetes Jenis 1, Mattel menghantar mesej penting kepada dunia, kesihatan tidak menghalang kita untuk terus bercita-cita tinggi dan menjadi luar biasa.

barbie fashionistas kini dengan pam insulin dan alat pemantau glukos, mendorong kesedaran terhadap diabetes

Foto: Mattel

Anak patung ini memakai glukometer pada lengannya Bersama pam insulin kecil di pinggangnya, sama seperti peralatan sebenar yang digunakan oleh kanak-kanak dan dewasa yang menghidap diabetes Jenis 1. Ia bukan hanya aksesori, ia turut menjadi alat pembelajaran dan pengiktirafan bahawa jutaan orang di dunia hidup dengan kondisi ini setiap hari.

“Kami mahu setiap kanak-kanak melihat diri mereka dalam Barbie, tidak kira latar belakang, kemampuan atau keadaan kesihatan mereka,” kata wakil Mattel.

barbie fashionistas kini dengan pam insulin dan alat pemantau glukos, mendorong kesedaran terhadap diabetes

Foto: Mattel

Bayangkan betapa bermaknanya untuk seorang kanak-kanak yang menghidap diabetes melihat Barbie memakai pam insulin. Ia juga boleh membantu rakan-rakan mereka untuk memahami lebih lanjut tentang diabetes dengan cara yang ringan dan mesra kanak-kanak.

Langkah Mattel ini disambut baik oleh komuniti perubatan dan ibu bapa. Ramai memuji inisiatif ini kerana ia membantu menghapuskan stigma tentang penyakit kronik dan menjadikan kesihatan sebahagian daripada perbualan harian dengan anak-anak sambil bermain!

Dengan pelancaran Barbie yang menghidap diabetes Jenis 1, Mattel sekali lagi membuktikan bahawa mainan bukan sekadar hiburan, malah ia mampu menjadi alat pendidikan, empati dan penerimaan diri. Dan ya, Barbie kini bukan hanya glamor, dia juga kuat dan  boleh menjadi inspirasi buat semua.

Sumber: Mattel

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us