
Foto Hiasan
Pernah tak anda hantar mesej panjang lebar, penuh emosi dan harapan, tetapi balasan yang diterima cuma satu huruf iaitu ‘K’? Rasa macam nak baling telefon ke dinding, kan? Rupanya, perasaan tu bukan anda sahaja yang alami.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Mobile Communication pada tahun 2023, balasan ‘K’ adalah yang paling negatif diterima dalam komunikasi digital. Ia mengatasi balasan seperti ‘sure’ atau dibiarkan 'seen' tanpa respon. Kajian tersebut mendapati bahawa ‘K’ sering kali menyampaikan perasaan dingin, pasif-agresif, atau tidak berminat.
Di media sosial, terutamanya X (dulu dikenali sebagai Twitter), ramai pengguna berkongsi rasa tidak puas hati mereka terhadap balasan ‘K’. Ada yang mengatakan bahawa mereka lebih rela tidak mendapat balasan langsung daripada menerima ‘K’. Malah, ada yang menganggap emoji 'thumbs up' lebih menyakitkan hati daripada ‘K’.

Foto Hiasan
Dalam dunia komunikasi digital, nada suara dan ekspresi wajah tidak dapat disampaikan. Oleh itu, balasan ringkas seperti ‘K’ boleh ditafsirkan sebagai tanda tidak peduli atau marah. Ia juga boleh menunjukkan bahawa pengirim tidak mahu melanjutkan perbualan, menyebabkan penerima merasa diabaikan atau tidak dihargai.
Tips untuk Elak Salah Faham dalam Mesej
-Gunakan Balasan Penuh: Daripada ‘K’, cuba balas dengan ‘Okay’ atau ‘Baik’.
-Tambah Emoji: Emoji boleh membantu menyampaikan emosi yang tidak dapat dilihat dalam teks.
-Kenali Gaya Komunikasi Rakan: Sesetengah orang mungkin tidak bermaksud negatif dengan ‘K’, jadi penting untuk memahami konteks dan hubungan anda dengan mereka.
Dalam era digital ini, setiap huruf dan simbol membawa makna. Sebagai pengguna, penting untuk kita peka terhadap bagaimana mesej kita mungkin ditafsirkan oleh orang lain. Dengan memahami sensitiviti dalam komunikasi teks, kita dapat membina hubungan yang lebih baik dan mengurangkan potensi konflik.
Jadi, sebelum anda menghantar ‘K’ fikirkan semula. Mungkin balasan yang sedikit lebih panjang boleh menyelamatkan hubungan anda daripada salah faham yang tidak perlu.
Sumber: dexerto.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.