
Foto: Agensi
Pasangan selebriti popular Indonesia, Baim Wong dan Paula Verhoeven, kini sah berpisah selepas Mahkamah Agama Jakarta Selatan memutuskan perceraian mereka pada 16 April 2025.
Kes yang mendapat perhatian meluas sejak Oktober 2024 ini akhirnya mencapai penghujungnya, namun penuh dengan kontroversi dan pendedahan mengejutkan.
Menurut keputusan rasmi mahkamah, penceraian berlaku atas alasan yang cukup berat dimana Paula Verhoeven didapati telah berlaku curang dengan seorang individu dikenali dengan inisial NS, seperti yang dikemukakan dalam bukti dan pengakuan sepanjang proses perbicaraan.
Akibat daripada kesalahan itu, Paula disabitkan sebagai isteri nusyuz (satu istilah dalam hukum Islam yang merujuk kepada isteri yang derhaka terhadap suaminya dan tidak menunaikan tanggungjawab perkahwinan).
Disebabkan status nusyuz tersebut, tuntutan nafkah yang difailkan oleh Paula telah ditolak sepenuhnya oleh pihak mahkamah.
Sebelum ini, Paula menuntut nafkah madiah sebanyak Rp100 juta setiap bulan untuk tempoh lapan bulan (jumlah keseluruhan Rp800 juta), serta nafkah iddah sebanyak Rp200 juta sebulan untuk tiga bulan (jumlah keseluruhan Rp600 juta).

Foto: Instagram
Namun, mahkamah berpendapat bahawa individu yang didapati nusyuz tidak berhak ke atas tuntutan tersebut berdasarkan hukum syarak.
Meskipun begitu, mahkamah mengambil pendekatan yang lebih seimbang dalam soal penjagaan anak.
Baim dan Paula telah diberikan hak asuh bersama terhadap anak-anak mereka, dengan pertimbangan utama diberikan kepada kesejahteraan dan kestabilan emosi anak-anak yang masih kecil.
Perpisahan pasangan ini sememangnya mengejutkan ramai pihak memandangkan imej mereka selama ini sering dipaparkan sebagai pasangan bahagia dan serasi.
Baim Wong yang terkenal dengan imej mesra keluarga, dan Paula yang sering dilihat sebagai ibu penyayang, kini memilih haluan berbeza dalam kehidupan masing-masing.
Buat masa ini, kedua-dua mereka belum mengeluarkan kenyataan lanjut kepada media, namun ramai netizen serta peminat masih menantikan penjelasan dari mereka, khususnya berkaitan isu kecurangan yang menjadi punca utama perceraian.
Sumber: Kompas.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.