
Foto: Instagram
Kisah perceraian bintang Indonesia Baim Wong dan isteri, Paula Verhoven bagaikan tiada titik noktah dan kini berlanjutan di mahkamah.
Memetik artikel Detik.com, ketika kes sedang dibicarakan baru-baru ini, Paula telah bertindak dengan membawa seorang saksi yang merupakan ahli forensik digital (IT), Abimanyu.
Susulan daripada itu, Abimanyu menjelaskan tentang rakaman CCTV yang menjadi salah satu bukti dalam perbicaraan perceraian tersebut.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan, Abimanyu menjelaskan terdapat seorang lelaki dan perempuan (Baim dan Paula) dalam satu ruang sedang bertengkar dan telah berlaku ‘kekerasan’ selepas salah seorang daripada mereka kelihatan sangat marah.
“Terjadi perbezaan pendapat dan terdengar suara marah-marah oleh pihak lelaki. Kemudian boleh didengar wanita dibentak dan suasana makin tegang. Namun pihak wanita hanya diam.
“Mungkin kerana pihak lelaki tidak tahan dengan respons wanita yang hanya diam dan tenang, maka telah terjadi sentuhan tubuh secara keras (Baim mengasari Paula).
“Akibat dikasari, pihak perempuan terjatuh. Kemudian ada juga kekerasan dilakukan pada bahagian kepalanya,” ujar Abimanyu seperti dilaporkan Detik.com.

Foto: Instagram
Dalam pada itu, Abimanyu bagaimanapun mengatakan tidak dapat mengesahkan kejadian tersebut sebagai kes keganasan rumah tangga kerana dirinya tidak ahli dalam hal tersebut.
Sementara itu, Baim melalui peguamnya menafikan dakwaan telah mengasari wanita yang telah melahirkan dua anaknya sekaligus mendakwa ada bahagian rakaman CCTV yang tidak ditunjukkan secara penuh.
Sekadar info, desas-desus perceraian Baim Wong terhadap Paula Verhoeven pertama kali disahkan pada 8 Oktober 2024, setelah hampir enam tahun menikah.
Sumber: Detik.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.