
Foto Hiasan
“Comelnya anak awak! Share la gambar dia makan aiskrim tu!”
Nampak macam permintaan biasa, kan? Tetapi tahukah anda, perkongsian maklumat atau gambar kanak-kanak tanpa kawalan boleh jadi sangat berisiko?
Gambar yang anda kongsi mungkin dapat ‘likes’ yang banyak tetapi juga mungkin sedang diperhatikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Foto: Public Health Malaysia
Berdasarkan saranan Public Health Malaysia dan Jabatan Penerangan Malaysia, berikut adalah empat perkara utama yang jangan sekali-kali didedahkan:
❌ Nama & maklumat peribadi
Contohnya: nama penuh, sekolah, nombor telefon ibu bapa.
Bahaya: boleh disalah guna untuk penipuan atau penculikan.
❌ Gambar / video mereka
Ini mampu menarik perhatian golongan tidak bertanggungjawab
❌ Lokasi mereka tunggu kenderaan
Contoh: “Tunggu anak balik dari sekolah jam 1.30 di pintu pagar A”.
Bahaya: membuka ruang untuk jenayah seperti pemantauan atau penculikan.
❌ Gambar dengan duit/barang kemas/barang mahal
Contohnya: gambar anak pegang duit raya RM100 atau main PS5 baharu.
Bahaya: mengundang niat buruk seperti rompakan atau penipuan.
Tidak salah untuk menunjukkan rasa bangga. Kita semua suka tengok anak-anak comel. Tetapi sebagai ibu bapa, penjaga dan masyarakat yang prihatin, kita mesti utamakan keselamatan mereka. Ingatlah bahawa apa yang masuk ke internet, kekal di internet.
👨👩👧👦 Tips Selamat Kongsi Tentang Anak:
✅ Guna emoji tutup wajah anak.
✅ Elak kongsi lokasi semasa atau rutin harian.
✅ Private kan akaun media sosial.
✅ Minta izin jika anak sudah besar dan ajar mereka hak privasi.
Kanak-kanak ialah amanah. Mereka bukan bahan tontonan media sosial. Sebagai orang dewasa, kitalah pelindung mereka di dunia sebenar dan maya.
Jom jadi pengguna media sosial yang bijak dan bertanggungjawab. Lindungi identiti, lindungi masa depan mereka. ❤️
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama Public Health Malaysia.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.