
Instagram Ariff Bahran
Semenjak singlenya bertajuk Kata Akhirmu meletop di seluruh alam, nama Ariff Bahran terus melonjak danmenarik perhatian ramai. Penyanyi baharu ini mula mendapat perhatian di sana sini dan sering dipanggil untuk embuat persembahan di acara-acara besar.
Bila dah popular ni ramai lah yang follow dekat laman social seperti Instagram. Sehingga kini lebih 70,000 orang yang mengikuti Ariff Bahran di Instagram. Tapi, yang tak bestnya apabila terdapat segelintir peminat wanita yang menghantar mesej tidak senonoh padanya.
“Cuma, saya agak terkilan apabila terpaksa berdepan peminat wanita yang memberi komen tidak senonoh. Perkara itu tidak sepatutunya berlaku kerana saya di sini untuk berkongsi bakat.” Katanya kepada Berita Harian.
Sumber: Berita Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.