Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Anwar Ibrahim Terima Ijazah Kehormat Dari Universiti Shenandoah

ROSTAM, Mohamad Firdaus
11 Apr 2025, 04:52 PM

anwar ibrahim terima ijazah kehormat dari universiti shenandoahFoto: Bernama

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menerima Ijazah Doktor Kehormat dalam bidang undang-undang daripada Universiti Shenandoah, Amerika Syarikat, dalam satu majlis yang berlangsung hari ini.

Penyampaian anugerah tersebut dilakukan oleh Presiden Universiti Shenandoah, Dr Tracy Fitzsimmons, di Pusat Aktiviti Kebudayaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Gombak.

Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam kepimpinan serta usaha membangunkan masyarakat.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari.

Dalam ucapan penghargaan yang disampaikan, Anwar menegaskan bahawa beliau menerima penghormatan itu dengan hati terbuka, sambil menekankan bahawa anugerah tersebut tidak diberikan semata-mata kerana jawatan beliau sebagai Perdana Menteri.

“Universiti Shenandoah sudah lama wujud sebelum saya menjadi Perdana Menteri. Anugerah ini bukan kerana kedudukan saya sekarang, tetapi kerana kerja keras yang telah kita lakukan bersama selama bertahun-tahun selama beberapa dekad demi memperjuangkan kebebasan dan maruah insan,” ujar beliau.

anwar ibrahim terima ijazah kehormat dari universiti shenandoahFoto: Bernama

Selepas majlis tersebut, Anwar turut menghadiri program ‘Meet Anwar@IIUM: A Special Homecoming’ yang merupakan sebuah sesi dialog terbuka bersama warga kampus, khususnya pelajar UIAM.

Menurut kenyataan UIAM, program itu menarik kehadiran hampir 3,000 orang, terdiri daripada pelajar, pensyarah, serta kakitangan universiti dari dalam dan luar negara.

“Kehadiran Datuk Seri Anwar ke UIAM cukup bermakna, memandangkan beliau pernah menyandang jawatan Presiden UIAM kedua dari tahun 1988 hingga 1999.

Kehadiran beliau kali ini dianggap sebagai ‘sirih pulang ke gagang’, mengingatkan kembali kepada zaman pembangunan pesat infrastruktur kampus yang berlaku semasa beliau memimpin universiti ini,” jelas kenyataan tersebut.

Sumber: Bernama

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us