Pelakon popular, Anna Jobling mencipta kejayaan tersendiri apabila dapat mempertahankan gelaran Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA2024) buat kali kedua berturut turut.
Dalam pada itu, Anna dilaporkan turut meraih lebih 4 juta undian peminat pada tahun ini.

Foto: Gempak
Ketika menerima anugerah, Anna turut tidak terlepas dari memanjatkan rasa syukur selepas dinobatkan sebagai pemenang utama GMAW untuk kali ini.
“Terima kasih kepada pihak Astro, kedua ibu bapa saya, media dan pihak pengurusan saya.
“Kepada para peminat, saya sayang kalian semua,” katanya.

Foto: Instagram
Untuk makluman, Anna turut menggondol dua lagi trofi lain iaitu Anugerah Selebriti Tergempak 2024 dan Drama Tergempak menerusi naskhah, Syurga Itu Bukan Mudah, gandingan bersama Amir Ahnaf, malam tadi.
GMWA 2024 turut dihangatkan lagi dengan persembahan artis popular antaranya Shila Majid, Hujan, Amir Masdi, Ara Johari, Mimi Fly dan ramai lagi barisan artis.
Acara yang bertemakan Flex Your Art ini turut menampilkan trio hos Sherry Alhadad, Sean Lee dan Amelia Henderson.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.