
Foto: Sinar Harian
Pada pagi Selasa, 13 Mei 2025, negara dikejutkan dengan tragedi menyayat hati apabila sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) maut dalam satu kemalangan ngeri di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak. Insiden berlaku sekitar jam 8.30 pagi melibatkan kenderaan FRU yang membawa 15 anggota termasuk pemandu, bertembung dengan sebuah lori muatan batu.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.54 pagi dan segera menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan ke lokasi kejadian. Setakat ini, sembilan anggota disahkan meninggal dunia, manakala beberapa mangsa lain yang cedera telah dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut.

Foto: Sinar Harian
Difahamkan, kenderaan FRU tersebut dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai menjalankan tugas kawalan sempena sambutan Hari Wesak di bawah operasi 'Ops Chariot' di Teluk Intan.
Tragedi ini merupakan satu kehilangan besar buat pasukan keselamatan negara. Pengorbanan mereka dalam memastikan keamanan dan ketenteraman awam amat dihargai. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa, dan semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.