Selepas penyanyi Adira Suhaimi memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, satu lagi dugaan menimpa beliau apabila anaknya juga kini dalam proses penceraian.
![adira failkan penceraian, namun suami tolak permohonan](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-artikel-2019/okt-19/screenshot-2019-10-09-at-4-09-01-pm.png)
Memetik laporan daripada Gempak, Datuk Red memberitahu bahawa perkahwinan anaknya juga ditimpa badai selepas setahun mereka mendirikan rumah tangga.
“Mereka (anak dan menantu) pun nak bercerai, Allah duga saya sangat kuat.
“Anak saya baru 20 tahun dan usia perkahwinannya juga baru masuk setahun.
“Pada saya, ini semua akibat saya alpa dengan kehidupan dunia… Inilah balasannya,” katanya ketika dihubungi Gempak.
![dugaan bertimpa-timpa, anak datuk red juga dalam proses bercerai](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-artikel-2019/okt-19/screenshot-2019-10-16-at-10-05-29-am.png)
Datuk Red telah berkongsi foto berada dihadapan Mahkamah Syariah Kuala Selangor bersama anak perempuannya hasil perkahwinan pertama Datuk Red bersama bekas isteri ketika beliau berusia 20 tahun.
Semoga tabah dalam menghadapi dugaan ini.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.