Nama Alya Iman menjadi sebutan ramai pengguna media sosial sejak hujung minggu lalu selepas kontroversinya timbul dikaitkan dengan seorang lelaki berstatus suami orang.

Anak kepada pelakon lagenda, Allahyarham Azmil Mustapha yang baru berusia 19 ini telah menjadi sebutan ramai selepas isteri kepada lelaki berusia 30 tahun itu mendedahkan hubungan yang terjalin antara pelakon berkenaan dengan suaminya selepas setahun bercinta.
Disebabkan pendedahan ini, ruang komen Instagram Alya Iman di’serang’ pengguna laman sosial.
Alya bagaimanapun akur dan menerima segala kecaman sambil meminta maaf pada siapa yang terluka.
"Saya masih muda dan naif. Saya minta maaf pada siapa yang terluka.
"Saya terima semua nasihat, kecaman, sindiran dan fitnah sebagai sesuatu yang mematangkan saya. Saya akui pernah melakukan kesilapan di masa lalu, tapi saya yakin Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa. Saya berdoa dan berusaha agar kehidupan saya menjadi kehidupan yang diberkati dan diredai Allah," katanya di Instagram Stories.

Alya Iman menjadi tular dilaman sosial selepas dikaitkan dengan pendedahan pernah bertunang dengan seorang lelaki pada 27 Februari lalu, namun sudah memutuskan hubungan pada Mac apabila kehadirannya tidak diketahui dan tidak dipersetujui oleh isteri pertama lelaki terbabit.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.