Pasangan selebriti kontroversi, Aliff Aziz, 33, sah menceraikan isterinya, Bella Astillah, 30 dengan talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta hari ini.
Aliff melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat, kira-kira jam 1.10 tengah hari. Lafaz itu kemudian disahkan mengikut hukum syarak oleh Wan Mohd Najib.
Peguam yang mewakili Aliff mengakui bahawa anak guamnya bersetuju untuk melafazklan cerai.
"Bahawa saya menceraikan isteri saya dengan talak satu mulai hari ini," lafaz Aliff.
Bella tampak tenang ketika lafaz diucapkan, bersetuju tidak menuntut mutaah dan nafkah iddah.
Terdahulu, Bella memfailkan cerai terhadap suaminya, Aliff pada 11 Mac lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Sumber Astro Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.