Baru-baru ini penyanyi Bunga Isme berkongsikan di laman media sosial X peribadi miliknya, menceritakan tentang kematian kucingnya yang sering berlaku ketika dia tidak berada di sekitar rumah atau luar negara.
Pelbagai persoalan di mindanya tentang cara kematian kucing-kucingnya, sehingga terfikir bahwa kucingnya itu mati sebab terjatuh di kondominium rumahnya. Namun, rumah mereka memiliki jaring dimana mustahil untuk kucing itu terjatuh.
Walaupun dia berpindah rumah teres, tetapi kejadian kucing mati ini masih berlaku sehingga menimbulkan pelbagai pertanyaan. Dia juga berkongsikan mengenai kejadian kucingnya mati dan merancang untuk tanamnya pada esok pagi tetapi, keesokan paginya tukang kebun rumahnya memaklumkan bahawa pintu rumahnya terbuka luas.
Dia sempat membawa dua kucingnya itu ke Klinik Haiwan dan doktor memaklumkan bahawa kucing tersebut positif Parvo. Namun, kawannya yang boleh mengetahui tentang perkara mistik atau ghaib ini menjelaskan tentang perkara ini memiliki kaitan. Pelbagai mimpi pelik yang berlaku terhadap dirinya dan tunangnya.
“Aku masih tertanya-tanya kucing aku mati sebab apa. Kalau sebab memang sakit parvo, aku vboleh terima. Kalau sebab menjaga aku, aku cubalah terima”
Untuk lebih jelas, boleh baca di laman X Bunga @bungaisme1
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.