Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Aina Abdul Dedah Sedang 'Bertapa' Diam-Diam, Rancang Perjalanan Seni Demi Peminat

ROSTAM, Mohamad Firdaus
29 Apr 2025, 12:39 PM

aina abdul dedah sedang 'bertapa' diam-diam, rancang perjalanan seni demi peminatFoto: Instagram

Penyanyi bersuara emas, Aina Abdul, mendedahkan bahawa beliau sebenarnya tidak pernah berhenti atau berehat dalam kerjaya seninya walaupun kelihatan seolah-olah menyepi dari radar industri hiburan.

Sebaliknya, Aina menjelaskan beliau kini sedang dalam proses merancang secara teliti perjalanan seninya untuk memastikan setiap karya yang dihasilkan mencapai standard tertinggi, demi memenuhi harapan dan kepercayaan para peminat.

Menurut Aina, beliau memilih untuk mengambil pendekatan berhati-hati dalam berkarya. Tidak mahu sekadar mengejar populariti semata-mata, Aina menegaskan bahawa beliau enggan menghasilkan karya secara tergesa-gesa hanya untuk kekal relevan di mata umum.

“Saya tidak mahu mengeluarkan karya yang dianggap sambil lewa dan tidak berkualiti di mata netizen.

“Saya memerlukan masa yang lebih panjang untuk memastikan lagu-lagu yang bakal diterbitkan dapat diterima dengan baik oleh orang ramai,” jelasnya kepada pihak media.

aina abdul dedah sedang 'bertapa' diam-diam, rancang perjalanan seni demi peminatFoto: Instagram

Dalam usaha tersebut, Aina kini giat menyusun setiap aspek dalam perjalanan seninya terutamanya dari pemilihan lagu, konsep persembahan, sehinggalah kepada strategi pemasaran.

Bagi Aina, setiap langkah perlu diambil dengan penuh perancangan agar kariernya terus berkembang kukuh dan berkualiti.

“Saya sedang atur perjalanan seni saya. Dalam diam, saya ‘bertapa’ untuk peminat,” tambahnya lagi dengan nada optimis.

Aina juga percaya bahawa peminat layak menerima karya terbaik, bukan sesuatu yang dihasilkan sekadar 'melepaskan batuk di tangga'.

Justeru, masa yang diambil untuk bertapa dan memperhalusi setiap aspek seni adalah bentuk penghormatan beliau kepada sokongan yang tidak pernah putus daripada peminatnya.

Komitmen tinggi yang ditunjukkan Aina Abdul membuktikan bahawa beliau bukan sahaja seorang artis berbakat, tetapi juga seorang pejuang seni sejati yang menjunjung tinggi nilai kualiti dan keaslian dalam setiap karya yang ingin dibawakan kepada khalayak.

Sumber: MStar Online

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us