
Sumber: Berita Harian
Bukan sahaja peminat tetapi empunya badan, Aiman Tino juga terkejut mendengar berita bahawa dirinya ditangkap khalwat dengan seorang gadis di dalam kereta di Subang.
Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri, 19, tak mahu melatah mendengar berita tersebut.
"Saya diberitahu mengenai cerita khalwat ini oleh peminat yang khuatir sama ada ia benar atau sebaliknya. Saya berterima kasih kepada mereka yang bertanggungjawab menyebarkan khabar angin ini.
"Saya sedang melepak bersama-sama kawan di Ampang untuk berbincang mengenai lagu, jadi bagaimana timbul cerita ditangkap khalwat pula? Berita yang tersebar ini boleh mencalarkan imej saya kerana secara tidak langsung pasti ada yang mempercayainya.
"Namun, saya memilih untuk tidak melatah dengan cerita yang timbul ini bagi mengelakkan ia menjatuhkan semangat saya.
"Apa yang pasti, keluarga tahu perkara itu tidak benar sama sekali . Saya sendiri pun masih lagi tinggal bersama mereka," katanya kepada BH Online.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.